Sumber melalui ruangan Harian Metro
18 Februari 2011- Melalui projek kerjasama antara AP Land Development Sdn Bhd (AP Land) dengan Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad (KPAT), penjawat tentera Malaysia kini mampu tersenyum kerana mereka akan memiliki rumah sendiri menerusi Skim Perumahan Anggota Tentera 1 Malaysia.
Projek kerjasama antara 2 pihak ini akan dijangka memulakan pembinaan perumahan bermula April 2011 di setiap negara, kata Ghazali Mohamad selaku Pengarah Projek AP Land.
Beliau juga menganggarkan lingkungan 20,000 unit rumah akan dibina pada tempoh lima tahun. Beliau turut mengaplikasikan kepada empat jenis rumah dalam skim tersebut.
Antara jenis rumah yang diperkenalkan adalah Sri Petanda Semi-D Setingkat, Sri Satria Banglo Setingkat, Sri Bintara Banglo Setingkat dan juga Sri Perwira Banglo Setingkat.
Sebagai Pengarah Projek AP Land, Ghazali Mohamad yakin kerjasama ini mampu merealisasikan Skim Perumahan Anggota Tentera 1 Malaysia. Hal ini susulan harga bagi setiap unit rumah itu ditawarkan kepada anggota tentera lingkungan RM 96,000 hingga RM 195,000.
Apa yang menarik dalam sidang media di Petaling Jaya semalam adalah, projek ini bukan sahaja ditawarkan kepadan anggota tentera malah beliau turut membuka peluang memiliki rumah sendiri kepada penjawat kerajaan seperti guru, ahli bomba dan lain-lain. BERNAMA


0 ulasan:
Catat Ulasan