BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

PERHATIAN UMUM:

harap maaf kepada semua pembaca blog ini. blog ini di bina adalah semata-mata berkenaan projek fotografi kami yang sedang kami laksanakan. ia adalah bertujuan mengaplikasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran selaras dengan kehendak yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.
justeru itu, segala gambar dan penulisan adalah bertujuan sepenuhnya ke arah projek kami yang tidak menyentuh mana-mana isu perkauman dan tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang tleha meninggal dunia...
(Doakan kejayaan kami untuk menjadi guru yang berkaliber di masa hadapan..amin....)

Selasa, 27 September 2011

Pasaran Hartanah Dijangka Meningkat Positif


KUALA LUMPUR — Pasaran hartanah Malaysia dijangka menyaksikan peningkat secara beransur-ansur, dengan pembeli mula kembali ke pasaran selepas kebanyakannya menangguhkan pembelian sejak dua tahun lepas akibat kelembapan ekonomi.
Dengan jangkaan pasaran akan pulih, pemintaan dijangka meningkat selari dengan peningkatan penduduk, kata Datuk Michael K.C. Yam, Timbalan Presiden Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda).
Beliau bercakap pada Seminar FIABCI Malaysia & PPK Malaysia 2009 mengenai “Bom Jangka Kembali — Penanda Aras Kos Pengurusan” di sini hari Isnin.
“Masalah kredit menghalang pembeli daripada membeli hartanah selama kira-kira dua tahun, pada 2008 dan 2009. Orang ramai terus menyimpan wang, menjangkakan pasaran akan lebih baik dan harga lebih stabil,” kata Yam.
“Dengan purata permintaan di Malaysia sebanyak 150,000 unit setahun, berdasarkan pertumbuhan penduduk dan pembentukan isi rumah, ia menunjukkan wujud kira-kira 300,000 saluran pembelian berpotensi yang menunggu,” katanya.
“Oleh itu, bersama-sama potensi itu serta 450,000 orang yang mula bekerja dan dengan jangkaan pasaran akan pulih, permintaan untuk hartanah dijangka meningkat,” katanya.
Menurut Yam, rumah teras bertanah paling mendapat permintaan tinggi manakala di Lembah Klang, apartmen dan kondominium menjadi pilihan memandangkan kos hartanah bertanah sangat tinggi.
“Hartanah mewah juga sangat popular kerana ramai yang tertarik dengan gaya hidup mewah selain lokasi strategi dan kemudahan yang disediakan oleh pemaju,” katanya.
Yam berkata dengan permintaan dijangka meningkat, bekalan dijangka menghadapi kekurangan.
“Pemaju mula menghentikan pelancaran. Kos pembinaan telah meningkat 30 peratus yang mendorong pemaju untuk menaikkan harga bagi mengimbangi kos bahan binaan,” katanya.
Richard Chan, Pengerusi penganjur seminar itu berkata perbadanan-perbadanan pengurusan (MC), entiti sah rasmi hartanah berstrata, kini menghadapi masalah kewangan yang teruk.
MC betanggungjawab terhadap pengurusan dan penyelenggaraan kawasan umum, peralatan dan kemudahan hartanah berstrata.
Chan berkata MC, terutama yang menyelenggara dan mengurus hartanah berstrata kediaman kos sederhana dan rendah, mengalami defisit bajet yang serius dan masalah aliran tunai.
SUMBER : Majalah Hartanah Online D’Rumah

0 ulasan: